Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah dipilih sebagai tuan rumah dan urus setia kepada Konvensyen Penilaian Dan Pengurusan Harta Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia 2026 (KONVEP 2026 – SEBERANG PERAI) dan Mesyuarat Agung Persatuan Pegawai-Pegawai Penilaian Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (PEPAM)

🗓️ :  4 & 5 November 2026    
📍 :  Ixora Hotel Penang, Perai

Sehubungan itu, pihak MBSP amat berbesar hati menjemput YBhg. Datuk Bandar/Ahli-ahli Majlis/Setiausaha/wakil-wakil daripada Jabatan Penilaian/Pengurusan Harta/Pesuruhjaya Bangunan atau mana-mana jabatan yang berkenaan untuk menyertai konvensyen ini.

Bersama-sama ini disertakan Surat Jemputan Ke Konvensyen Penilaian dan Pengurusan Harta Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia 2026 (KONVEP 2026 - SEBERANG PERAI) (Sila Rujuk Link). 

Semua dokumen dan maklumat penuh berkaitan konvensyen ini juga boleh diakses melalui Kod QR yang dipaparkan pada poster.

Sekian, terima kasih.